Friday, November 11, 2011

Andai Masa Boleh Berpatah Balik

Dihitung hari demi hari. Kini cuma tinggal 2 hari lagi sebelum SPM berjalan.Hati ini semakin berdebar, tidak menentu dan tertekan.Sehingga tidur tak senang, sampai pelajaran yg dipelajari terbawa sampai ke mimpi. Kadang2 makan tak lalu...tp kadang2 kalau makan, x cukup2...asyik nk tambah.. 
 =,="


 Ketika ini..
air mata sering mengalir..
 Imbasan tentang masa2 yg begitu panjang untk membuat persediaan,terlintas serta merta.Masa yg begitu panjang dibuang dan disia-siakan begitu sahaja.
  

 Ketika ini..
 baru aku sedar..
 Harapan ibu bapa yg mahu anaknya melanjutkan pelajaran hingga ke Pengajian Tinggi.
  

 Ketika ini..
 terimbas kembali kata2 Pn. Asnah yg mahu aku mencapai "A" dalam Bahasa Melayu...besar sungguh harapannya.


dan ketika ini...
terimbas semua dosa yg pernah aku lakukan sepanjang kehidupan berada di SMK(P) Kapar..

Andai masa boleh berpatah balik... :'(
Penyesalan di hati waktu ini tidak memberi apa2 makna..
Adik2 atau sesiapa sahaja, janganlah jadi seperti aku ni...
Memang benar

Masa Itu Emas
setiap masa yg Allah beri, jangan kita sia-siakan..masa yg datang TIDAK AKAN kembali walau air mata darah mengalir sekalipun..


Ya ALLAH, bantulah aku..bantulah rakan2ku...kuatkan ingatan kami..ketika kami sedang "berperang" pertolongan mu adalah sesuatu yang amat kami harap2kan..

Selamat Berjaya untuk SPM ni... ALL THE BEST! :)