Saturday, June 14, 2014

Weh..

Aku cemburu
melihat kau rapat dia
kerana aku tidak mampu menjadi sahabat seperti dia

Maafkan aku
aku tidak pandai memberi cadangan
atau membuat kau rasa ada seseorang ambil berat
seperti mana dia

Sejak kau rapat dengan dia
diri aku seperti menjauhkan diri
Aku tahu aku tak patut begitu
Namun diri tetap berbuat begitu.

Sehingga kini aku tertanya
kau masih anggap aku kawan rapat lagi?

Kau sudah bersedia

Manusia itu semakin hari semakin tua.
Semakin hari semakin banyak dugaan yang mendatang.
Dan yang datang itu semakin hari semakin mencabar.

Dugaan Tuhan yang datang itu bukan untuk membebanimu
Sedarlah Allah tidak menduga hambaNya jika tidak mampu
Allah menurunkan dugaan berat itu kerana kau sudah cukup bersedia untuk memegangnya.

Jika kau rasa berat,
tadah tangan mu
minta..minta..dan minta..

Bergantung kepada manusia
Manusia tidak selalunya ada untuk kita
Namun tidak kepada Allah
kerana Dia sentiasa ada.