Saturday, June 14, 2014

Kau sudah bersedia

Manusia itu semakin hari semakin tua.
Semakin hari semakin banyak dugaan yang mendatang.
Dan yang datang itu semakin hari semakin mencabar.

Dugaan Tuhan yang datang itu bukan untuk membebanimu
Sedarlah Allah tidak menduga hambaNya jika tidak mampu
Allah menurunkan dugaan berat itu kerana kau sudah cukup bersedia untuk memegangnya.

Jika kau rasa berat,
tadah tangan mu
minta..minta..dan minta..

Bergantung kepada manusia
Manusia tidak selalunya ada untuk kita
Namun tidak kepada Allah
kerana Dia sentiasa ada.



No comments: