Saturday, June 14, 2014

Weh..

Aku cemburu
melihat kau rapat dia
kerana aku tidak mampu menjadi sahabat seperti dia

Maafkan aku
aku tidak pandai memberi cadangan
atau membuat kau rasa ada seseorang ambil berat
seperti mana dia

Sejak kau rapat dengan dia
diri aku seperti menjauhkan diri
Aku tahu aku tak patut begitu
Namun diri tetap berbuat begitu.

Sehingga kini aku tertanya
kau masih anggap aku kawan rapat lagi?

Kau sudah bersedia

Manusia itu semakin hari semakin tua.
Semakin hari semakin banyak dugaan yang mendatang.
Dan yang datang itu semakin hari semakin mencabar.

Dugaan Tuhan yang datang itu bukan untuk membebanimu
Sedarlah Allah tidak menduga hambaNya jika tidak mampu
Allah menurunkan dugaan berat itu kerana kau sudah cukup bersedia untuk memegangnya.

Jika kau rasa berat,
tadah tangan mu
minta..minta..dan minta..

Bergantung kepada manusia
Manusia tidak selalunya ada untuk kita
Namun tidak kepada Allah
kerana Dia sentiasa ada.



Thursday, August 01, 2013

Selamat Berhari Raya :)

Today is the day we feel so good~~
Hari ni, all my roommates tak de dah dalam bilik. Semua orang balik raya! 
Nak mencapai cuti raya ni bukan senang, bnyk betul assignments, quiz and test this week. Tapi lepas je habis quiz, test and submit all the assignments, rasa heaven gilaa..BAAALIK KAMPUNGG!!
(play lagu "Balik Kampung" by Sudirman) OOO~~ BALIK KAMPUNG~~
 after submit assignment tadi dlm pukul 4 gitu, aku baru tersedar yang roommates aku semuanya dah balik kampung. Masuk je bilik rasa satu perasaan. Tak tau nk ckp la perasaan apa..aku tak sempat nk cium2 diaorg sblm diaorg bergerak balik..aku terus ke class pagi tadi.Meja diaorg yg sebelom ni berselerak gila, tiba2 aku balik pergh! gila kemass..siap ada pesanan untuk aku..syg jugak roommate aku ni pada diri ku ini.HAHA! Tq Zaf :)




Sepuluh jari disusun rapi, memohon ampun andai ada salah dan silap.
Bersederhanalah di musim2 raya ni ye. Jgn ikut nafsu sgt masa tgh bershopping.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.



:)


Friday, October 19, 2012

ZONE CAMPUS : Semesta Satu Berakhir

Alhamdulillah, semesta satu bakal berakhir.Moga-moga result yang keluar nanti membanggakan.Hari ni, last paperrrr!!! Paper CSC118.Actually bila dah last paper, mula rasa mcm malas nk study.Perasaan nak balik rumah tu lebih melonjak-lonjak.Tak sabar nak balik la katakan.

Dalam kegembiraan nak balik, terselit perasaan sedih.Bakal berpisah dgn roommate dan kawan-kawan baru.Jauh dari kolej diaorg, sebab aku akan duduk kat Kolej Duyung.

:'(

Dah hampir 4 bulan kitaorg kenal.Dan aku ni baru merasa perasaan ada roommate.Pengalaman yang pertama, dan tak mungkin akan dilupakan.

Today, a few hours from now, I think moment air mata berjurai-jurai akan berlaku.Fatin akan dijemput oleh abangnya.Dia la tempat aku selalu nak main-main, nak gurau-gurau,tempat nak gaduh-gaduh sejak jauh dari adik beradik.Dia la yang selalu kejutkan aku bangun Subuh.Bila aku dah kat Duyung nanti,terpaksa la bangun sendiri.Sebab Fatin dah tak de nak kejut-kejut macam selalu.Dia ni jugak la selalu dapat nama pelik dari aku.HAHA! **Sorry Aten kalau kau baca entry nih...Gurau je okeyyy~ :p
Dia ni, kalau dgr roommate aku yang sorang lagi cakap Jawa, dia mula la buat muke pelik.Tak paham pe bende yang akak tu ckp.HAHA! Kadang tu lawak tgk muke dia.

xD


Next roommate, is my KAKAK yang lagi tua dr aku.Nama dia Kak Ainaa.Dia ni Jawa,mcm aku jugak.Cuma dia Jawa Johor.Hohoho..sejak sebilik ngan dia, ada jugak tempat nak practice cakap bahasa Jawa.Orang kata, duduk Terengganu mesti la cakap bahasa orang Terengganu.Tapi aku kat sini nak practice cakap Jawa.Kadang-kadang kene gelak sebab cara aku cakap tu tah pa pe tahhh~Aku suka ikot akak ni pakai baju sama kaler.Nak rasa mcm adik dia.**Konon la kan.. =="
Dia ni la tempat aku practice ckap Jawa,tanya soalan pelik-pelik,dia la yang selalu bising-bising suruh solat.hehe..
Next sem,I don't know whether I could meet her.Dia ada mohon nak tukar kampus atas sebab-sebab tertentu.

My jiran dpan Zuizzati,Amira and Nadia.Diaorg ni jiran paling rapat ngan kitaorg.Best woo berjiran ngan diaorg.Selalu bagi makanan.Lagi2 time raya hari tu.Pergh! banyak gila biskut dia bagi.Aku bila datang bilik diaorg, mintak "wei,pinjam henfon.Nak main game."
HAHA! Sengal kan?

Oh ye!Ada lagi dua kakak.Diaorg ni kawan baik Kak Ainaa.Kak Zura and Kak Jah.hohoho...best woo ngan diaorg nih.Kalau kak Zura,even dia ni nmpk je garang,tapi baik orgnya.Kak Jah plak kalau bercakap, memang xkan abis la kan.cup cup cup...laju je dia cakap..hehe..

Masa tengah lipat-lipat baju tadi(packing time),setiap baju yang aku pakai cukup penuh dengan pelbagai kenangan.Aku ni tak selalu beli baju.Pakai baju ulang-ulang.Satu-satu aku lipat,mata tu tiba-tiba mcm tv,aku nampak perkara-perkara yang penah berlaku masa aku pakai baju-baju yang aku pakai tu.

Baju kurung hijau, tudung hijau.Kak Ainaa pakaikan tudung ala-ala Najwa Latif gitu.Time tu mulut refuse tak nak pakai.Tapi dalam hati ada rasa nak try.Cuma aku ni segan skit nak try style baru.

Baju kurung biru.That day was exam day.Tengok Fatin pakai baju kurung biru.Aku pon, ngan ngada-ngadanya nak sama kaler ngan dia.HAHA! Sibuk je aku nih..That day,kitaorg amik gambar sama2.But Kak Ainaa tak sama kaler baju.Dia pakai baju kaler lain.And that day,aku nak try menyamar jadi org lain.Baju kurung biru tu aku baru first time pakai,plus ngan cermin mata xde power.Rasa baik gila bila pakai cermin mata.HAHA!**Cermin mata pinjam,jiran aku,si Nadia yang punya.

Jersi Purple.Classmate aku,cadangkan beli baju sama kaler tuk 3 pasang.Satu pasang tu, kaler merah Essa ngan Eliyana.Satu lagi,kaler biru Ieyra ngan Nurul.Aku ngan Yani kaler purple.Wohhhh!! semarrrt loh..Cer korg try jugak buat mcm tu.hehe~

Look,baju pon memberi kenangan.

:)


This sem, aku tak bawak kamera.So,tak berapa semangat la nak amik-amik gambar.

Gonna miss all this moment.

Hope all the best for all of you.

Happy Holiday!




My kakaks :D
roommate actually.
Haha!

Stay strong!

Saturday, September 22, 2012

Study week

sebelum mula study, kita main2 kat pantai dulu..


study week nih, ramai benar yg balik kampung


:(

okey, sedey tauu..


jadi, kami jadi begini..


ain & syahira


yaaaa!!!
:D


 "ehehehe" kata syahira.


ngeee~~ nk masuk jugak :p


yana & ain


awwhhh~ xD



OKey,



-TaMaT-



:D


haha!

Saturday, June 23, 2012

Cherating,Terengganu

 Ya Allah, dah lama betul aku tak update blog nih. Rindu pula rasanya.Huhu..
Alhamdulillah, kini aku dapat sambung belajar ke UiTM Kampus Dungun,Terengganu. Course Computer Science And Mathematics. Course ni pilihan aku yang kedua.

Okeyy~~ 
Nak citer perjalanan nak ke Dungun ni, lama giler..
Panas bontot duduk dalam kereta lama2. First day bertolak aku ingat lagi hari apa. Hari tu hari Khamis bersamaan hari lahir aku yang ke-18. huhu.. 
(jap2, nk bg ucapan skit..hehe)
** Terima kasih pada yang wish birthday kat Fb and Twitter..hehe~~
okey2, pastu kami satu family bermalam di Pantai Cherating. Pantai tu sgt cantik,tapi agak bosan sebab kurang aktiviti2 di laut. So, bnyk org yg mandi manda sahaja kat situ.





haa..tengok la tu,betapa happynya mereka dapat mandi pantai.
**eh, lawa jugak amik gambar pakai phone aku nih.
nak tau tak,aku pakai corby 2. kalau korg nk tau laa..haha :D





haa..nampak tak bayang2 tu? tu la bayang2 aku..ahaha!! :p



 smart tak?? sebelah kiri tu, jari2 kaki aku.
**tu pon nk bg tau =.="



Cherating,1 Jun- Istana pasir hasil usaha arkitek yang tidak bertauliyah bernama Liyana Zamri.
Uniknya istana ini, kerana kesengetan ke sebalah kanan. Anda tidak akan jumpa istana yg hebat ini dimana-mana.
(Petikan dari surat khabar "Berita Auta")



korang nak tau tak,first day aku kat pantai cherating ni, aku terkejutz sebab kat sini ada banyak obor2 yang mcm kat atas ni. ^
Tapi jgn risau kalau korang dtg sini, kebanyakkannya obor2 yang dah mati.Obor2 ni mati kat tgh2 laut, dipukul ombak dibawa ke tepi2 pantai. Jadi,semua obor2 yang aku jumpa semuanya dah mati.


The next day, aku sampai juga ke Dungun. 
:D


okey... cerita akan bersambung...sambungan cerita di Terengganu. Ni baru kat Pahang.Bersambung sebab aku malas nk upload gambar hari nih.
HAHA! 
Terima kasih.


Jumpa lagissssss............






P/S: Saya mohon dari hujung jari hingga ke otak jika ada kata2 yang membuatkan pembaca blog ni merasa meluat,menyampah, atau annoying giler.. saya hanya manusia biasa. 
:)